Wednesday, 27 April 2016

Refleksi Minggu ke 7 (27 April 2016) - Nur Farah Husna

Assalamualaikum, pada minggu ke tujuh ini, berdasarkan kesinambungan dari topik pada minggu lepas, minggu ini lebih fokus kepada kontrak sosial iaitu terbahagi kepada beberapa perkara  PERKARA 53 yang memfokuskan tentang kedudukan istimewa melayu dan bumiputera. Implikasi dari perkara 53 adalah melindungi keistimewaan orang melayu, diberi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas. Perkara 3 pula menerangkan tentang islam sebagai agama persekutuan. Islam adalah agamabagi persekutuan tetapi dalam masa yang sama agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai di mana mana bahagian persekutuan. Perkara 153 pula menjelaskan tentang bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa melayu menjadi Lingua Franca di nusantara sejak berabad lamanya tetapi dalam masa yang sama bahasa bahasa lain juga bebas digunakan. Akhir sekali Perkara 38, menjelaskan tentang kuasa raja raja melayu. Konsep Raja Berpelembagaan yang diamalkan di Malaysia bermaksud sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintahan tertinggi. Identiti Melayu memang telah dikenali berdasarkan 3 teras dan masih digunakan lagi dan boleh berubah dari masa ke semasa.

Tuesday, 19 April 2016

Refleksi Minggu ke 4 (6 April 2016) - Natasha

Assalamualaikum,

Untuk refleksi pada minggu ini, saya telah mempelajari tentang Perlembagaan. Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang negara,adat atau peraturan yang lazim diguna pakai. Pelembagaan juga bersangkut paut dengan cara keputusan-keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-agihkan secara antara institusi kerajaan ,sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had- had  kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta pelantikan pemeritah.
Di Malaysia, kita mempunya hak untuk berdemokrasi bagi mencapai keadilan kita sebagai rakyat Malaysia. Sebagai contoh, kita mempunya Pilihan Raya Umum (PRU) dimana kita sebagai rakyat berhak menetukan pemimpin yang berwibawa bagi mentadbir negara. Selain itu, rakyat di negara kita juga mempunyai hak untuk bebas beragama.

Sesungguhnya perlembagaan malaysia telah berjaya menmbentuk keamanaan dan kestabilan negara .Hal ini memandangankan terdapat sekatan-sekatan dalam mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan  tertentu.Namun,kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka.
KERJARUMAH MINGGU KE EMPAT

Q1: Bincangkan Prinsip Keluhuran Perlembagaan.

Perlembagaan  Malaysia  dinamakan sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan asalnya digunakan  untuk  seluruh Semenanjung   Malaysia (1957) dan kemudiannya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak selepas kedua-dua negeri itumenyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perlembagaan Persekutuan digubal oleh  suruhanjaya reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning, Sir William Mckell (Australia), B.Malik dan Hakim A.Hamid.

Perlembagaan juga dikenali sebagai suatu  kumpulan  peraturan atau set  undang-undang utama  yang  menentukan  system  kerajaan , pembahagian  kuasa, peranan dan fungsi  organisasi tertinggi  Negara , hak-hak  rakyat  dan  pelbagai  perkara  yang  lain. Selain itu, Pelembagaan juga bersangkut paut dengan cara keputusan-keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-agihkan secara antara institusi kerajaan ,sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan .Perlembagaan juga akan menetapkan had- had  kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta pelantikan pemeritah.

Perlembagaan merupakan suatu dokumen undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia juga dikenali sebagai sumber segala perundangan atau sumber rujukan perundangan tertinggi negara. Konsep ketertinggian perlembagaan ialah tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. Hal ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan. Mahkamah berkuasa  membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut apabila bertentangan dengan perlembagaan.

Konsep keluhuran perlembagaan ialah :

  1. Kuasa Perlembagaan Malaysia adalah mengatasi kuasa Yang-dipertuan Agong,parlimen,jemaah menteri dan makhaamah.
  2. Semua undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidah sah dan terbatal sama sekali.
  3. Undang-Undang negeri juga mestilah selaras dengan Perlembagaan Malaysia.
  4. Mahkamah juga telah diperuntukan kuasa untuk membatalkan akta yang diluluskan diluar bidang kuasa Parlimen.
  5. Mahkamah juga berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang.

Q2: Bagaimana untuk mengubah perlembagaan?

Tidak dinafikan bahawa ada pandangan yang merupakan kritikan terhadap pindaan Perlembagaan. Golongan itu berpendapat bahawa Perlembagaan adalah satu dokumen serius yang amat penting. Justeru, kata mereka ia tidak perlu diubah atau ditokok tambah kerana semuanya tentulah telah difikirkan masak-masak sewaktu penggubalan dibuat. Bagaimanapun, pada hakikatnya tidak ada negeri yang statik tanpa perubahan; tidak ada negeri yang tidak kena pengaruh perubahan dunia luar, tambahan lagi di zaman globalisasi ini. Perlembagaan Malaysia memang mempunyai peruntukan pindaan supaya ubah suai itu dibuat secara sah mengikut peruntukan berkenaan. Oleh itu, Perlembagaan Malaysia tidak beku dan kejal. Ia adalah “hidup” dan dapat berfungsi pada masa akan datang. Sama seperti Perlembagaan bertulis Negara lain, Perlembagaan Malaysia boleh dipinda melalui proses parlimen.




Monday, 18 April 2016

Refleksi Minggu ke 4 (6 April 2016) - Nur Farah Husna

Assalamualaikum, 

Untuk refleksi pada minggu ini adalah berkaitan perlembagaan, saya telah mendalami lagi ilmu mengenai perlembagaan dalam negara kita. Definasi perlembagaan adalah satu set peratutan tentang hak, kuasa dan prosedurnserta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. Perlembagaan adalah panduan untuk membuat peraturan dan diguna pakai sebagai rujukan. Terdapat dua sumber undang undang iaitu Akta ( Undang-undang yang diluluskan peringkat parlimen. Selain itu, Enakmen pula adalah undang undang yang diluluskan pada peringkat Dewan Undangan Negara. Sebagai warganegara Malaysia, kita mempunyai hak hak seperti hak demokrasi, hak mengundi, hak keselamatan, hak bebas beragama dan pelbagai lagi. Perlembagaan juga terbahagi kepada dua iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis, tidak beryulis adalah perlembagaan yang tidak di dokumentasikan bersama. 

Refleksi Minggu ke 4 (6 April 2016) - Noor Adibah

Assalamualaikum,

Pada minggu yang lepas, saya telah mengetahui tentang undang-undang dan perlembagaan. Sebagai rakyat Malaysia amat penting untuk kita mengetahui tentang undang-undang dan perlembagaan yang telah digubal. Ini kerana, ia akan melindungi kita sebagai warganegara Malaysia. Ilmu tentang undang-undang dan perlembagaan wajib kita ketahui kerana ia akan melindungi hak kita sebagai warganegara.

Pada minggu lepas juga, saya telah mengetahui hak-hak kita sebagai warganegara sebagai contoh hak mengundi. Kita mempunyai hak untuk mengundi pada pilihan raya.

Wednesday, 13 April 2016

Refleksi Minggu ke 4 (6 April 2016) - Nur Farah Hani

Assalamualaikum,

Untuk refleksi minggu lepas, saya telah pelajari sedikit tentang pengenalan untuk Bab 3 iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik. Ilmu yang telah saya perolehi adalah tentang perbezaan di antara perlembagaan dan undang-undang. Perlembagaan adalah satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. Perlembagaan adalah sumber undang-undang yang tertinggi di sesebuah negara dan kerana itu ianya berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat. Selain itu, di sini saya dapat tahu bahawasanya terdapat banyak jenis hak dan kuasa yang terdapat di dalam negara kita. Contohnya seperti hak rakyat, hak untuk mengundi, hak untuk bersuara. Sebenarnya hak-hak ini wajar kita ketahui kerana ia dapat mempertahankan diri kita dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan juga hak-hak apa yang sepatutnya kita dapat.

PERBEZAAN PLURALITI DAN PLURALISTIK (30 Mac 2016)


PLURALITI
PLURALISTIK

PENTADBIRAN
Wujud hubungan peradaban antara Alam Melayu dan China serta India.

Mencapai zaman kemuncaknya pada waktu pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Sistem pentadbiran yang memisahkan di antara negara dan agama.

Pentadbiran negara oleh penjajah.

Hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu diletakkan di bawah Sultan.

Ini berbeza dengan sistem di zaman sebelum Inggeris di mana tiada pengasingan kuasa berlaku kerana Raja dan Sultan mempunyai kuasa mutlak.

PEMERINTAHAN
Perlembagaan Melaka dilaksana berdasarkan Islam (Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka)

Zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu.

Pemerintahan diplomasi & terbuka.

Sultan/pembesar mempunyai misi & visi yang hebat.
Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan serta Federalism.

Wujud system persekutuan berlapis (Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia).

Setiap pihak hanya menjalankan bidang kuasa masing-masing dan tidak boleh bercampuraduk.

SOSIAL
Berlaku hasil penghijrahan dari dalam wilayah (dalam kalangan etnik Melayu sendiri) dan juga dari luar yang melibatkan etnik lain spt Cina, Arab, India & berlaku asimilasi.

Menetap di Kepulauan Melayu atau Nusantara dan berpindah-randah dari satu pulau kepulau yang lain dengan bebasnya untuk berniaga, berperang, berkahwin dan sebagainya.

Mewujudkan unsur akomodasi dalam kehidupan bermasyarakat.

Tidak ada sifat kemasyarakatan kerana setiap penduduk yang berlainan kaum mengekalkan agama, budaya, dan cara hidup mereka sendiri.

EKONOMI
Perdagangan rancak hasil sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang sangat cekap.

Kepulauan Melayu terkenal dengan rempah ratus yang dianggap barang mewah

Berubah dari pertanian sara diri kepada sistem ekonomi perindustrian dan perdagangan (sistem ekonomi kapitalis).

Mengamalkan system ekonomi dualisme.

Pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha untuk mengatasi pelbagai masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik.

Isu yang berkaitan dengan ekonomi memerlukan iltizam yang kuat daripada semua pihak untuk merapatkan jurang yang sedia ada.

Keperluan untuk memperbetulkan kedudukan dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia menjadi sebagai salah satu asas utama dalam memupuk kerjasama antara etnik.


ILMU
Epistemologi ilmu pengetahuan Alam Melayu berasaskan metafizik (alam ghaib) dan animism.

Sebelum penjajahan, berasaskan metafizik (ilmu bersumberkan alam ghaib, di luar pengalaman pancaindera manusia- bomoh, dukun, jampi, dll.)
Ilmu kolonial yang berasaskan sains moden yang bersifat rasional dan saintifik (boleh dibuktikan menerusi pancaindera manusia-statistik, peta, dll) telah mencorakkan dasar-dasar pentadbiran, ekonomi dan pendidikan penjajah.

Kerja Mingguan Bab 2 (Pluraliti) - 30 Mac 2016

Buku teks M/S 45

Soalan 1 (Esei)
c) Huraikan DUA (2) elemen utama yang membuktikan Kerajaan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan Islam.
i) Elemen pertama yang membuktikan bahawa kerajaan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan Islam adalah pemerintah yang beragama islam. Pemelukan Islam oleh Raja Melaka telah mempengaruhi rakyat dek sikat keterbukaan beliau. Selain itu, kecintaan Sultan Melaka terhadap ilmu pengetahuan memberikan impak yang positif dikalangan kerajaan Melayu Melaka. 
ii) Elemen kedua ialah penyebaran agama Islam oleh pedagang-pedagang Arab. Mereka telah datang untuk mengajar pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu tasawuf, fiqah, ibadah dan lain-lain. Selepas penyebaran Islam di Melaka, Islam telah disebar dan berkembang luas di negara-negara lain.

Saturday, 2 April 2016

Refleksi Minggu ke 4 (30 Mac 2016) - Nur Farah Hani

Assalamualaikum,

Pada minggu keempat adalah tentang Sejarah Pluraliti Masyarakat Di Alam Melayu. Tajuk ini telah dibentang oleh saya dan ahli kumpulan saya. Secara konklusinya, apa yang saya telah pelajari adalah mengenai pluraliti zaman kerajaan Melayu Melaka, pluralistik ketika zaman penjajahan oleh pihak British dan juga masyarakat pluralistik sebelum dan selepas kemerdekaan. Untuk diceritakan, Melaka dikatakan kemuncak berlakunya pluraliti masyarakat di alam Melayu. Hal ini disebabkan oleh kewujudan Melaka sebagai pusat perdagangan bebas iaitu pelabuhan, pusat penyebaran ilmu pengetahuan dan agama Islam. Ketika zaman penjajahan pula, penjajah telah melalui fahaman yang memisahkan antara agama dan negara ekoran daripada sejarah pertentangan antara golongan agamawan dengan golongan intelek. Selain itu, terdapat banyak lagi unsur-unsur dan faktor-faktor yang telah diketahui bagi mengembangkan agama Islam ketika zaman kerajaan Melaka. Antaranya adalah sultan dan sistem perundangan yang hebat dan cekap. 

Refleksi Minggu 3 (23 Mac 2016) - Nur Farah Hani

Assalamualaikum,

Bagi refleksi untuk minggu ketiga, apa yang telah saya pelajari adalah sesuatu yang sangat baru dalam hidup saya dimana saya telah didedahkan dengan surah di dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Hujurat Ayat 6-13. Surah ini adalah berkisarkan tentang peradaban di antara puak. Sebagai contoh ayat 11 dibawah :

A011
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.


Saya juga telah belajar tentang empat kumpulan manusia yang wajar kita jauhi iaitu fasik, kafir, munafik dan musyrik. Fasik ialah manuia yang berterusan melakukan dosa. Kafir pula adalah mereka yang enggan menafikan apa yang diperkatakan oleh agama Islam. Munafik pula ialah manusia yang bercakap bohong, memungkiri janji, memecah amanah yang diberi dan juga ketika bergaduh dia tidak dapat mengawal perbuatannya dan melebihi batas. Akhir sekali adalah musyrik dan mereka ini adalah orang-orang yang mensyirikkan Allah SWT.

Selain itu, saya belajar bahawasanya Allah SWT yang mempercintakan kita kepada iman. Dia telah memperhiaskan hati kita dengan iman (tenang, akhlak). Iman itu sebenarnya adalah cara kita kawal diri untuk mencintai syariat Islam. Sesungguhnya iman itu mampu membawa kita jauh dari maksiat. 

Refleksi Minggu ke 4 (30 Mac 2016) - Noor Adibah

Assalamualaikum,

Minggu ini adalah pembentangan dari kumpulan saya. Pada minggu ini saya mendapati ilmu yang baharu tentang bab yang ke dua ini.

Saya tertarik dengan tajuk kecil iaitu Faktor Melaka Menjadi Pusat Pluraliti, apa yang menarik minat saya adalah tentang kewibawaan sultan Melaka itu sendiri.

Di dalam ustazah mencerita bahawa sultan Melaka memeluk islam disebabkan Sultan Melaka mimpikan Rasulullah mengajarkan Sultan Melaka sendiri mengucap dua kalimah syahadah. Dan di dalam mimpi itu juga Rasulullah memberitahu bahawa akan datang seorang ulama mengajarkan dua kali syahadah kepada sultan.

Dan pada hari yang di sebutkan itu datanglah seorang ulama yang mengajarkan dua kali syahadah kepada sultan. Ekoran daripada peristiwa itu, rakyat juga mengikuti langkah Sultan untuk memeluk islam tanpa paksaan.


Refleksi Minggu 3 (23 Mac 2016) - Noor Adibah

Assalamualaikum,

Pada Minggu ke-3, saya telah pelajari banyak nilai yang baru. Pada minggu tersebut, saya telah mempelajari dan mendalami surah Al -Hujurat dalam kitab suci Allah. Saya tertarik dengan ayat yang ke-11 didalam surah Al-Hujurat: 

                                     

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Di dalam ayat ini, saya telah mempelajari bahawasanya Allah SWT telah memperingatkan kepada orang-orang yang beriman supaya jangan mengkeji atau mengolok-olokkan orang lain, ini kerana mungkin sahaja orang-orang yang kita kejikan itu lebih jauh mulia dan terhormat di sisi Allah SWT. Ayat ini juga menerangkan dan mengingatkan wanita jangan mengkejikan wanita yang lain disebabkan sifat cemburu kepada wanita yang lain. Dalam ayat ini juga menerangkan kita tidak boleh mengelarkan-gelarkan seseorang itu dengan panggilan yang buruk. Kesimpulan yang dapat saya simpulkan dari ayat ini adalah kita hendaklah menjaga hubungan kita sesama manusia.