Wednesday, 27 April 2016
Refleksi Minggu ke 7 (27 April 2016) - Nur Farah Husna
Assalamualaikum, pada minggu ke tujuh ini, berdasarkan kesinambungan dari topik pada minggu lepas, minggu ini lebih fokus kepada kontrak sosial iaitu terbahagi kepada beberapa perkara PERKARA 53 yang memfokuskan tentang kedudukan istimewa melayu dan bumiputera. Implikasi dari perkara 53 adalah melindungi keistimewaan orang melayu, diberi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas. Perkara 3 pula menerangkan tentang islam sebagai agama persekutuan. Islam adalah agamabagi persekutuan tetapi dalam masa yang sama agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai di mana mana bahagian persekutuan. Perkara 153 pula menjelaskan tentang bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa melayu menjadi Lingua Franca di nusantara sejak berabad lamanya tetapi dalam masa yang sama bahasa bahasa lain juga bebas digunakan. Akhir sekali Perkara 38, menjelaskan tentang kuasa raja raja melayu. Konsep Raja Berpelembagaan yang diamalkan di Malaysia bermaksud sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintahan tertinggi. Identiti Melayu memang telah dikenali berdasarkan 3 teras dan masih digunakan lagi dan boleh berubah dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment