Thursday, 31 March 2016

Refleksi Minggu 4 (30 Mac 2016) - Nur Farah Husna

Assalamualaikum....

Menerusi hasil pembelajaran pada minggu ini, saya lebih tertarik untuk mendalami tajuk ini secara lebih khusus memandang kan tajuk ini adalah tajuk yang telah ditugaskan oleh ustazah, sebagai tajuk untuk pembentangan saya bersama ahli kumpulan yang lain. Secara amnya, pada permulaannya setelah memahami setiap penulisan di dalam buku, saya melihat tajuk ini sebagai tajuk yang berkaitan dengan sejarah. Namun setelah usatazah menerangkan dengan lebih lanjut, membawa saya dan ahli kelas yang lain ke alam zaman tersebut, saya lebih memahami dan melihat hasil sejarah ini dalam bentuk dan aspek yang berbeza, iaitu lebih khusus kepada penyebaran agama islam yang dibawa masuk oleh pendakwah itu sendiri, yang sebelum ini ramai beraggapan bahawa penyebaran islam adalah menerusi pedagang Arab, pendakwah Arah ini telah membawa Sultan untuk mendalami ilmu agama Islam seterusnya memtadbir negara dengan berlandaskan ajaran agama. 

Terdapat empat tajuk kecil menerusi Sejarah Pluraliti Masyarakat Di Alam Melayu ini, yang pertama adalah Pluraliti Sebelum Kerajaan Melayu Melaka, pluraliti masyarakat di alam melayu zaman awal ini berlaku secara semula jadi tanpa paksaan. kebanyakkan etnik yang dataang ke alam melayu mempunyai serampang tiga mata iaitu pengembangan agama, kekayaan dan kemegahan ( gospel, gold and glory). wujud unsur asimilasi dalam kehidupan masyarakat, dan ada antara mereka sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan. Kedua adalah, pluraliti zaman kegemilangan kerajaan melayu melaka. Pada zaman ini, melaka menjadi pusat perdagangan bebas, penyebaran ilmu pengetahuan dan penyebaran agama islam.ketiga adalah, masyarakat Pluralistik Pra Merdeka, dipertengahan abad ke19M, British telah membawa masuk secara besar besaran orang Cina dan India. Keadaan ini menyebabkan berlaku pluraliti dengan setiap kaum mengamalkan budaya masing masing.Seterusnya, masyarakat Pluralistik Pasca Kemerdekaan. Pada peringkat ini sistem pentadbiran lebih teratur dan tersusan. Telah wujud beberapa aspek yang diketengahkan iaitu, politik, perlembagaan, pendidikan dan ekonomi. Setiap aspek dititikberatkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat. 

Refleksi Minggu 3 (23 Mac 2016) - Nur Farah Husna

Assalamualaikum,

          Berdasarkan pembelajaran pada minggu ketiga yang lepas, pelbagai ilmu baru telah dikongsikan oleh ustazah. Menerusi tajuk pada minggu ini iaitu bagaimana sesuatu budaya boleh berubah melalui proses segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi. Sebagai permulaan, segregasi adalah merupakan hubungan yang bersifat pemisah di antara etnik dalam sesebuah negara. Pemisahan itu berlaku dalam beberapa keadaan seperti tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Akomodasi pula adalah satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahanankan budaya hidup masing masing. Proses penyesuaian berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni ( kepelbagaian bahasa, pengalaman agama dan kepercayaan secara bebas bagi kelompok etnik. Akulturasi pula adalah satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima. Asimilasi pula, adalah proses pencantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. 

           Selain itu,menerusi Surah Al-Hujurat yang terdapat dalam pembelajaran ini, ayat ke 6 telah menerangkan tentang bagaimana terhasilnya fasik, munafik, lafir dan musyrik. Ayat ini juga menjelaskan tentang bagaimana cara seseorang itu menyelesaikan masalah atau perbalahan secara aman dan damai. Manakala, Ayat ke-7 pula menerangkan tentang kepentingan ilmu sebgai umat islam, umat islam disarankan supaya sentiasa menuntut ilmu tanpa jemu. Allah akan sentiasa menghiaskan iman dalam hati umatnya, serta melahirkan perasaan benci pada kekufuran , kefasikan dan maksiat. Ayat ke -8 pula menceritakan kepentingsn mendamaikan sesuatu perbalahan. Kita juga dibenarkan untuk menipu dengan niat untuk mendamaikan sesuatu perkara yang baik. 

Refleksi Minggu 4 (30 Mac 2016) - Natasha

Assalamualaikum....

Refleksi yang dapat saya simpulkan berdasarkan topik pembelajarn pada minggu ke- 4 ini ini ialah berkaitan dengan Pluraliti dan masyarakat Pluralistik di Malaysia. Selain itu, saya dan ahli kumpulan saya telah diberi tugas untuk membentangkan topik Sejarah Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu. Jadi, sedikit sebanyak kami telah didedahkan dengan pelbagai kisah pembentukan tanah melayu yang bermula sejak zaman awal.

        Kesimpulan yang dapat saya buat di sini adalah menceritakan pluraliti sebelum kerajaan melayu  Melaka dan ia bermula secara semulajadi tanpa paksaan. Mempunyai tiga matlamat iaitu Gospel, Gold and Glory.Tujuan datang ke sini untuk mencari  kesenangan hidup atau kekayaan dari tempat selain tempat asal mereka.Sebagai kesannya, wujud unsur asimilasi. Sebagai contoh, mereka berkahwin dengan penduduk tempatan  serta mengamalkan budaya seperti wujudnya kumpulan Baba &  Nyonya. Kedatangan Islam melaui pedagang arab banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat tempatan seperti nama,ilmu pengetahuan, contoh ilmu falsafah, teologi( ketuhanan), tasawuf dan lain lagi. Kesan daripada itu, Pluraliti mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem. Mereka sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan dan mengamalkan budaya seharian orang melayu.Amal dan adat resam pendatang juga diterima oleh mereka. Berbeza pula dengan Pluralistik, mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem.Mereka telah mewujudkan  kelompok masyarakat dengan sistem tersendiri.Mereka terasing dengan kelompok lain walaupun di tempat yang sama lastas gagal mengenali antara satu sama lain. Seterusnya hingga terbentuk masyarakat pluralistik pra merdeka dan pasca merdeka.
          


Refleksi Minggu 3 (23 Mac 2016) - Natasha

Assalamualaikum...

Berdasarkan topik yang telah saya pelajari pada minggu ke-3 ialah berkaitan dengan ayat Al-Quran, Al-Hujurat iaitu Surah 49 di dalam kitab suci Allah, yakni Al-Quran Nur Karim. 

          Di dalam ayat itu telah menceritakan tentang akidah kepercayaan, hukum-hukum dan adat peraturan berdasarkan akhlak yang terpuji serta larangan-larangan mengenai perkara-perkara terkeji yang sewajibnya dijauhi. Pada awal surah ini Allah SWT telah mengingatkan orang-orang yang beriman supaya jangan memandai-mandai melakukan sesuatu perkara sebelum mendapat hukum atau kebenaran Allah dan RasulNYA. Juga diperintahkan janganlah mereka mengangkat suara semasa bercakap dengan Nabi melebihi suara baginda. Mereka juga disuruh menyelidik kebenaran berita yang dibawa oleh orang-orang yang fasik, supaya mereka terhindar dari melakukan sesuatu yang membahayakan orang lain.

          Akhirnya, surah ini diakhiri dengan menerangkan dasar persamaan yang sejati: Bahawa Allah telah menciptakan umat manusia dari lelaki dan perempuan dan menjadikan mereka berbangsa-bangsa dan bersuku puak. Supaya mereka berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain kerana sesungguhnya orang yang mulia disisi Allah SWT ialah orang yang lebih taqwanya.

Selain itu usatazah Mahfuzah juga telah menerangkan beberapa maksud yang berkaitan dengan sifat manusia:

  • FASIQ- Manusia yang berterusan melakukan dosa.
  • KAFIR/KUFUR- Enggan menafikan apa yang diperkatakan oleh Agama Islam.
  • MUNAFIQ- Manusia yang bercakap bohong, janji yang dimungkiri, orang yang diberi amanah tetapi telah pecah amanah dan juga ketika bergaduh dia tidak dapat mengawal perbuatannya dan melebihi batas.
  • MUSYRIK- Orang yang mengsyirikkan Allah SWT.