Assalamualaikum,
Berdasarkan pembelajaran pada minggu ketiga yang lepas, pelbagai ilmu baru telah dikongsikan oleh ustazah. Menerusi tajuk pada minggu ini iaitu bagaimana sesuatu budaya boleh berubah melalui proses segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi. Sebagai permulaan, segregasi adalah merupakan hubungan yang bersifat pemisah di antara etnik dalam sesebuah negara. Pemisahan itu berlaku dalam beberapa keadaan seperti tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Akomodasi pula adalah satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahanankan budaya hidup masing masing. Proses penyesuaian berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni ( kepelbagaian bahasa, pengalaman agama dan kepercayaan secara bebas bagi kelompok etnik. Akulturasi pula adalah satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima. Asimilasi pula, adalah proses pencantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Selain itu,menerusi Surah Al-Hujurat yang terdapat dalam pembelajaran ini, ayat ke 6 telah menerangkan tentang bagaimana terhasilnya fasik, munafik, lafir dan musyrik. Ayat ini juga menjelaskan tentang bagaimana cara seseorang itu menyelesaikan masalah atau perbalahan secara aman dan damai. Manakala, Ayat ke-7 pula menerangkan tentang kepentingan ilmu sebgai umat islam, umat islam disarankan supaya sentiasa menuntut ilmu tanpa jemu. Allah akan sentiasa menghiaskan iman dalam hati umatnya, serta melahirkan perasaan benci pada kekufuran , kefasikan dan maksiat. Ayat ke -8 pula menceritakan kepentingsn mendamaikan sesuatu perbalahan. Kita juga dibenarkan untuk menipu dengan niat untuk mendamaikan sesuatu perkara yang baik.
No comments:
Post a Comment