Sunday, 20 March 2016

Refleksi Minggu 2 (16 Mac 2016) - Nur Farah Husna

Assalamualaikum,

Setelah mempelajari topik untuk minggu ini, saya lebih terdedah kepada usaha untuk mengenali diri dengan mengenali hati dan mengenali Allah. Melalui proses mengenali diri, kita akan lebih mensyukuri nikmat diberi dan sentiasa menghormati orang sekeliling. Walaupun berbeza agama, pendapat dan kefahaman, sikap saling menghormati tetap harus disemat didalam diri setiap umat Islam. Sebagai umat Islam, terdapat pelbagai tanggungjawab yang harus dipikul dan dilaksana kan atas perintah Allah. Selain itu, saya juga mempelajari tentang hubugan dua alam iaitu alam roh dan jasad berdasarkan surah Al-A'raf yang menceritakan tentang perjanjian terhadap manusia dan Allah, dan antara syaitan dan Allah.


Setelah disebut tentang perjanjian antara Syaitan kepada Allah, yang mereka (syaitan) akan sedaya upaya berterusan menyesatkan umat Islam. Umat islam harus sentiasa mengingati Allah, beramal mengikut ajaran Allah dan meninggalkan segala larangan Allah supaya kita tidak mudah terpesong dari ajaran Islam. Selain itu, kita juga harus lebih menginsafi diri dan sentiasa beramal ke arah kebaikan supaya hidup kita lebih dirahmati dan diredhai Allah. 

Refleksi Minggu 2 (16 Mac 2016) - Natasha

Berdasarkan surah Al-A'RAF ayat 172 dan 173 membahaskan:


         
Di dalam Al-Quran telah menyatakan tentang hakikat asal usul manusia dimulai dari proses kejadian manusia iaitu dari segumpal darah dan setelah melewati beberapa tahap dan sempurna kejadiannya.Allah telah menyediakan di dalam setiap diri manusia persediaan untuk mnerima kebenaran atau agama yag benar berasaskan fitrah kejadian manusia yang suci. Oleh hal yang demikian, kita sebagai khalifah di muka bumi ini perlulah menjalankan tanggungjawab kita sesama manusia contohnya saling hormat menghormati dan sentiasa mengingati antara satu sama lain agar tidak terleka dan tersasar dari jalan Allah SWT. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada pembelajaran pada kali ini adalah bermula dengan HATI, iaitu dengan mengenali pencipta kita yang Maha Agung Allah SWT seterusnya barulah kita dapat mengenali diri dan membentuk aqidah agar dapat mengarahkan fitrah ke jalan yang benar hingga dapat mengabadikan dan beribadah sesuai dengan ajaran agamanya. Tanpa Aqidah yang mantap, kita bakal melahirkan generasi yang leka dan jauh tersasar dari landasan Allah di kemudian hari, Jadi, berbaliklah kita kepada Allah walau dimana kita berdiri supaya hidup kita sentiasa diberkati olehNYA. InsyaAllah.



Refleksi Minggu 2 (16 Mac 2016) - Noor Adibah

Assalamualaikum, pada minggu ni saya akan membincangkan apa yang telah saya pelajari pada minggu ke-2.

Topik yang saya pelajari pada minggu ini adalah hubungan etnik yang poitif dan juga hubungan antara dua alam iaitu alam roh dan jasad. Tahap hubungan etnik terbahagi kepada lima iaitu Segregasi, Akomodasi, Akulturasi, Asimulasi dan Amalgamasi.


Topik yang ke-dua ialah tentang perjanjian Allah S.W.T dengan manusia dan perjanjian syaitan dengan Allah S.W.T. yang terdapat di dalam surah Al-A’raf ayat 172-173.

Topik yang ke-3 saya pelajari adalah tentang kenali diri kita. Jika kita mengenali diri kita, secara tidak langsung kita akan mengenali Allah S.W.T. 

Refleksi Minggu 2 (16 Mac 2016) - Nur Farah Hani

Assalamualaikum, Kali ni saya akan bincangkan tentang apa yang telah saya pelajari untuk pembelajaran minggu kedua. Topik yang saya pelajari adalah tahap hubungan etnik yang positif dan juga hubungan antara dua alam iaitu alam roh dan jasad.

Secara terperincinya, tahap hubungan etnik terbahagi kepada lima. Yang pertama adalah Segregasi. Segregasi adalah hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. Punca terjadinya segregasi adalah atas dasar agama, ras, kebudayaan dan ciri etnik yang lain. Sebagai contoh, orang kulit hitam di Amerika Syarikat mengalami keadaan diasingkan dan dipisahkan daripada kaum kulit putih dalam segala aspek kehidupan. Yang kedua adalah Akomodasi. Ianya bermaksud satu proses dimana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Mereka perlu kenal dan menghormati agama dan budaya masing-masing. Contohnya, orang Melayu menerima orang Cina pergi ke gereja pada setiap hari Ahad. Seterusnya adalah Akulturasi. Akulturasi mempunyai maksud satu proses penerimaan unsur kebudayaan dikalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. Proses ini tidak melibatkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima. Sebagai contoh, Masyarakat Cina terima masyarakat Melayu makan menggunakan tangan, pakai baju kurung dan juga sebaliknya. Kemudian, wujudnya Asimilasi. Asimilasi merupakan proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Contoh bagi asimilasi pula ialah masyarakat Baby Nyonya iaitu orang Cina menerima budaya dan kepercayaan orang Melayu seperti terima Bahasa Melayu, kuih-muih juga seperti orang Melayu, Mereka menerima tetapi mereka tidak masuk Islam. Tiada paksaan untuk memeluk agama Islam. Yang terakhir bagi tahap hubungan etnik yang positif adalah Amalgamasi. Amalgamasi dinyatakan proses dimana budaya atau ras bercantum untuk membentuk budaya atau etnik yang baru seperti melalui perkahwinan. Ia dijangka bahasa kesemua kebudayaan boleh dicair dan dijadikan satu keseluruhan agama. 

Topik yang kedua yang telah saya pelajari adalah mengenai hubungan antara dua alam. Terdapat dua unsur yang terkandung di dalam diri manusia iaitu roh dan jasad. Secara khususnya, roh itu datangnya dari cahaya Nabi Muhammad S.A.W dan jasad pula asalnya dari unsur Nabi Adam a,s. Selain itu, manusia itu rapuh kerana mereka tidak kenal siapa diri mereka sebenarnya dan mereka tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada. Seharusnya manusia perlu mendidik diri agak kenal siapa Tuhan mereka untuk mengenali diri sendiri. Selepas itu, barulah manusia tahu untuk bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan dalam hidup mereka. Alam roh adalah suatu alam yang tidak diberitahukan letaknya dan suasananya oleh Allah SAWT, sesuai firmanNya : “ Dan mereka bertanya kepadamu tentang Roh  katakanlah : ‘Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan, melainkan sedikit” (Al Israal XVII : 85) Pengetahuan manusia tentang roh sangat terbatas. Namun cukup bagi pegangan kita, bahwa roh tidak mati, hidup abadi sampai akhir nanti. Selain itu, saya juga belajar tentang surah Al-'Araf ayat 172-173 dimana ianya tentang perjanjian antara Allah S.W.T dengan manusia dan juga perjanjian syaitan dengan Allah S.W.T. 


Surah Al-'Araf ayat 172-173