Setelah mempelajari topik untuk minggu ini, saya lebih terdedah kepada usaha untuk mengenali diri dengan mengenali hati dan mengenali Allah. Melalui proses mengenali diri, kita akan lebih mensyukuri nikmat diberi dan sentiasa menghormati orang sekeliling. Walaupun berbeza agama, pendapat dan kefahaman, sikap saling menghormati tetap harus disemat didalam diri setiap umat Islam. Sebagai umat Islam, terdapat pelbagai tanggungjawab yang harus dipikul dan dilaksana kan atas perintah Allah. Selain itu, saya juga mempelajari tentang hubugan dua alam iaitu alam roh dan jasad berdasarkan surah Al-A'raf yang menceritakan tentang perjanjian terhadap manusia dan Allah, dan antara syaitan dan Allah.
Setelah disebut tentang perjanjian antara Syaitan kepada Allah, yang mereka (syaitan) akan sedaya upaya berterusan menyesatkan umat Islam. Umat islam harus sentiasa mengingati Allah, beramal mengikut ajaran Allah dan meninggalkan segala larangan Allah supaya kita tidak mudah terpesong dari ajaran Islam. Selain itu, kita juga harus lebih menginsafi diri dan sentiasa beramal ke arah kebaikan supaya hidup kita lebih dirahmati dan diredhai Allah.

No comments:
Post a Comment