Thursday, 2 June 2016

Refleksi Minggu ke 10 (18 Mei 2016) – Nur Farah Husna


Refleksi pada minggu ini adalah berlandaskan segrasi antara etnik. Sejarah dan asal-usul sesuatu etnik telah membuktikan bahawa segregasi etnik ini sudah berlangsung sejak sekian lama tanpa kehadiran pihak penjajah Barat. Pola segregasi ini tetap terjadi kerana atas alasan faktor amalan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan faktor agama. Ini dapat dilihat daripada pola taburan suku kaum masyarakat di Malaysia khususnya yang hidup secara berkelompok berdasarkan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan kepercayaan yang sama di sesuatu tempat. Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan itu berlaku dalam beberapa keadaan seperti kawasan tempat tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan dan penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing-masing.

Malaysia lebih mengutamakan integrasi dalam usaha memupuk perpaduan rakyat di negara ini. Integrasi diertikan sebagai satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kelompok etnik.  Perubahan pembangunan yang pesat di Malaysia telah mengubah sedikit senario pola taburan etnik. Dasar kerajaan yang sangat progresif ke arah meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup yang lebih baik kepada rakyat, telah membantu mempercepat mengurangkan segregasi mengikut etnik secara nyata terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Walau bagaimanapun, perubahan mekanisme ini tidak selalunya berjalan lancar dan sentiasa ada pengaruh lain yang boleh menyeragamkan semula keadaan seperti sedia kala. Kekuatan-kekuatan dari segi aspek ekonomi, sosial dan politik boleh menjadi faktor penentu kepada pembentukan segregasi etnik moden.Kertas kerja ini memfokuskan tentang perubahan yang berlaku dari segrasi ke integrasi dalam kalangan etnik Malaysia.


Keutuhan sesebuah negara terletak kepada perpaduan rakyatnya. Apabila rakyatnya saling memahami mahupun saling menghormati satu sama lain, nescaya negara akan sentiasa stabil dan kemajuan dapat dinikmati. Kehidupan masyarakat yang bersegregasi sememangnya menyebabkan perpaduan sangat sukar untuk dikecapi. Ini kerana, apabila persefahaman antara kaum yang kurang, yang sentiasa hidup di kelompok sendiri, masyarakat tidak akan mengambil berat akan satu sama lain. Persefahaman yang kurang boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk yang boleh mengancam keselamatan dalam negara, ketidakstabilan ekonomi, dan mungkin juga boleh mencetus perang saudara. Sentimen perkauman juga haruslah dielakkan.  

No comments:

Post a Comment