KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi
pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk
mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan
menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan
kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum.
Masa amat kritikal dalam pembelajaran berkesan, oleh itu kita perlu
mengaturnya dengan baik. kita perlu membuat jadual waktu harian dan membekalkan
beberapa jam mengikut kemampuan kita untuk belajar dan mentelaah pelajaran.
Dengan berbuat demikian, ia boleh memberikan kita keputusan yang lebih dalam
peperiksaan. Tambahan pula, jumlah jam yang diaturkan boleh jadi berbeza
mengikut tahap pembelajaran yang anda sedang ikuti (sekolah ataupun kolej
universiti) dan bidang pembelajaran (sains ataupun sastera). Kita perlulah mengatur
masa itu dengan sekadarnya dan ianya munasabah, agar kita boleh mengikut
perancangan dengan baik. Mengimbangi waktu sekolah, kelas, latihan dan
aktiviti-aktiviti kokurikulum. Di samping itu juga, kita perlu pandai memilih
tempat belajar yang sesuai dengan kehendak kita dan seharusnya selesa semasa
belajar, itu sangat penting untuk mengelakkan daripada merasakan belajar itu
membebankan. Paling utama adalah mengamalkan sikap berdisiplin, berfikiran
positif dan menepati masa dalam setiap perihal pembelajaran.
Justeru, bagi mendapatkan hasil yang positif, kelangsungan kaedah
pembelajaran yang berkesan haruslah diteruskan bagi memastikan tahap pembelajaran
pelajar dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa dan pada masa yang sama dapat
memotivasikan diri mereka agar lebih baik.
No comments:
Post a Comment