Monday, 13 June 2016

Homework (individu) – Kisah seorang pemuda Abu Dhar – Noor Adibah

Assalamualaikum,

            Daripada kisah ini yang dapat saya simpulkan adalah yang pertama seorang lelaki tua yang berani untuk mengakui kesalahannya sehingga menemui kematian. Sikap sepertinya tidak semua insan memilikinya. Walaupun lelaki tua ini mempunyai seribu satu ruang untuk menutupi kesalahannya, tetapi beliau berani sehinggakan nyawanya terkorban.

            Keduanya ialah berkenaan seorang pemuda yang bernama Hassan yang berani untuk mengakui kesalahan dan sanggup menyerah diri untuk dibunuh. Keberaniaannya adalah sama seperti lelaki tua itu. Pemuda ini seorang yang jujur dan sanggup memikul kesalahannya walhal pemuda ini tahu hukuman yang bakal dilaluinya.

            Ketiga adalah Abu Zar yang berjiwa besar dan sanggup untuk menjadi penjamin kepada seorang pemuda yang tidak dia kenal asal usulnya. Beliau hanya berpegang pada prinsip, dia akan menolong sesiapa sahaja yang meminta tolong disebakan berasa malu kepada Rasulullah SAW jika mengetahui tiada siapa pun yang menulurkan bantuan.

            Keempat adalah kepimpinan Umar bin Khatab yang adil dan saksama semasa mengadili situasi ini. Walaupun beliau berasa berat hati untuk menjatuhkan hukuman terhadap sahabatnya yang saleh iaitu Abu Zar, tetapi tanggungjawab yang dipikulnya tetap membuatkan beliau meneruskan pengadilan itu.


            Kesimpulannya, keempat-empat lelaki ini mempunyai keperibadian yang terpuji sehinggakan membuka mata ramai orang dan menempa satu sejarah yang agung. Setiap perlakuan mereka mempamerkan sifat mereka menampakkan Allah SWT didalam perbuatan mereka. 

No comments:

Post a Comment