Friday, 6 May 2016

Refleksi Minggu ke 8 ( 4 Mei 2016 ) - Nur Farah Husna

Assalamualaikum, pada minggu ke lapan ini adalah kesinambungan dari minggu ke enam dan juga minggu ketujuh iaitu mengenai Perlembagaan. Pada minggu ini, lebih menerangkan tentang Piagam Madinah.

Piagam Madinah ialah Perlembagaan Bertulis yang pertama yang digunakan oleh umat Islam Madinah dimasa pemerintahan Islam. Ia telah digubal oleh Nabi Muhammad sollallaahu 'alaihi wasallam pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar Muhajirin (golongan Pendatang). Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.

Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sebenarnya berada di dalam satu kawasan yang sama (kawasan masjid nabawi sekarang). Mereka sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari kampung halaman mereka. Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah sollallaahu ‘alaihi wasallam dan pengikutnya. Orang-orang Munafik pula menjadi musuh dalam selimut. Disamping itu orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam.

Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah membuat perjanjian dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah

Kandungan Piagam :
Piagam ini terdiri daripada 47 fasal yang merangkumi 2 bahagian iaitu

23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.

24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.

Kepentingan Piagam Madinah adalah sebagai :
  • Contoh model kerajaan islam yang unggul. 
  • Panduan pemerintahan kerajaan Islam
  • Kepintaran Nabi menggubal peratuan yang lengkap
  • Membentuk masyarakat bersepadu
  • Menyemai semangat ukhwah (persaudaraan dalam islam)

No comments:

Post a Comment