Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Tujuan Piagam Madinah adalah sebagai panduan untuk membentuk sesebuah negara Islam yang berdaulat. Piagam Madinah bukan sahaja membentuk persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin tetapi juga memupuk perpaduan antara orang Islam dan orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi. Piagam Madinah mempunyai 47 fasal yang merangkumi 2 bahagian. Bahagian Pertama dan Bahagian ke Dua. Dalam Bahagian pertama, 23 fasal menyentuh hubungan dan tanggungjawab orang Islam sesama Islam seperti Muhajirin dan Ansar. Manakala bahagian ke dua membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah.
Oleh hal demikian, berdasarkan pembelajaran pada minggu lepas, refleksi yang dapat dibuat ialah mengenai ketokohan Nabi Muhammad S.A.W dari aspek kepimpinannya sebagai Nabi dan Rasul dari pelbagai aspek politik, sosial, ekonomi dan pertahanan bagi membentuk masyarakat Islam serta negara Islam dalam kehidupan yang lebih baik. Jadi, persoalan yang dipersoalkan oleh ustazah di akhir sesi pembelajaran ialah:
"ADAKAH PERLEMBAGAAN PIAGAM MADINAH DAPAT DITERAPKAN DALAM NEGARA ISLAM PADA MASA KINI??!"
Pada pandangan saya, ia boleh diterapkan kerana perlembagaan piagam madinah memberi impak yang lebih positif dalam menyatupadukan rakyat serta memberi pengadilan hak kepada setiap rakyat tanpa mengira agama dan bangsa. Pada masa yang sama, ia dapat dijadikan sebagai satu gerakan mengilmukan rakyat mengenai kelebihan dan keindahan agama islam kepada penganut agama lain di samping mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
No comments:
Post a Comment