Definisi
Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:

·
Zina.
·
Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi.
·
Minum Arak.
·
Mencuri.
·
Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan ).
·
Murtad.
·
Baghy (Bughah – Pemberontakan).
Antara dalil-dalil yang disebut daripada Al-Quran
dan juga hadith:
Pengharaman Zina, firman Allah
yang bermaksud :
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya
zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk .
( al-Quran, al-Isra : 32 )
Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan .
( al-Quran, an-Nur : 2 )

Pengharaman minum arak,
Firman Allah yang bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) .
( al-Quran, al-Maidah : 90 )
Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan

( Muslim, Sahih : hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.
Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah .
( al-Quran, al-Maidah : 38 )
Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah:

potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan
dibincangkan kemudian.
Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar .
( al-Quran, al-Maidah : 33 )
Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :
Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi .
( al-Quran, al-Imran : 35 )
Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari
agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di
dunia dan akhirat .
( al-Quran, al-Baqarah : 217 )
Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;
Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku ( Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga ( orang ) iaitu penzina yang telah berkahwin ( muhsan ), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya ( murtad ).
( Muslim, Sahih : hlm. 164 )

Jenayah Baghy, pengharamannya dan
hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :
Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah .
( al-Quran, al-Hujurat : 9 )

Qisas secara istilah ialah suatu hukuman yang telah
ditetapkan oleh Allah yang wajib dilaksanakan bagi menunaikan hak manusia.
Qisas juga bererti “potong” ataupun yang memberi arti bahawa dengan hukuman
qisas akan terpotong jenayah itu dan ini terus berlaku di dalam masyarakat.
Kesalahan yang wajib dijadikan Qisas
Antara kesalahan yang boleh
diwajibkan qisas ialah:
b. Membunuh orang dengan
menyerupai sengaja.
c. Membunuh orang dengan
tersalah.
d. Membunuh orang dengan
sengaja tetapi tidak membawa kepada kematian.
e. Membunuh orang dengan
menyerupai sengaja dan tidak membawa kepada kematian.
Firman Allah:
Artinya: “Wahai orang-orang
yang beriman diwajibkan ke atas kamu melaksanakan hukuman qisas (balasan yang
seimbang) di dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh.”
(al-Baqarah: 178)
Syarat-syarat
boleh dilakukan hukum qisas dengan dua syarat ;
-Pembunuh itu baligh dan berakal.
Pembunuh yang belum baligh dan berakal tidak dihukum qisas.
-Pembunuh, bukan bapa, ibu, datuk
dan nenek. Mereka ini tidak dikenakan qisas.
Ta’zir
Definisi
Ta'zir dari segi bahasa bererti menolak
atau menghalang. Dari segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang
yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang
tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-quran dan Hadis atau hukuman
yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan
keseksaaannya tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
Kesalahan yang termasuk dalam kategori
Ta'zir.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di
bawah kategori ta'zir ialah sebagaimana berikut:
1. Kesalahan-kesalahan
hudud dan qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud dan qisas.
2. Kesalahan-kesalahan
khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab, lesbian dan sebagainya.
3. Perbuatan-perbuatan
yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat,berjudi, rasuah,
mengedar dan penyalahgunaan dadah.
Hukuman bagi kesalahan Ta'zir
Hukuman ta'zir diserahkan kepada budi
bicara hakim supaya hukuman tersebut memberi pengajaran supaya penjenayah serik
untuk melakukan semula. Antara hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah
adalah sebagaimana berikut:
a. Nasihat
Menasihati orang yang melakukan
kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan
datang.
b. Teguran
Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim
dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar
orang yang melakukan kesalahan akan berusaha memperbaiki dirinya.
c. Ancaman
Mengancam orang yang bersalah agar
tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.
d. Pemulauan
Hukuman pemulauan dikenakan kepada
pesalah agar ia berasa tersepit sekiranya ia berterusan atau mengulangi
kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam
masyarakat.
e. Pengisytiharan Umum
Membuat pengistiharan kepada umum
terhadap kesalahan penjenayah supaya penjenayah berasa malu dan tertekan.
f. Denda dan merampas
harta
Mengenakan denda dalam bentuk wang dan
sebagainya atau merampas harta bendanya.
g. Penjara
Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh
tertentu mengikut realiti semasa.
h. Sebat
Mengenakan hukuman sebat kepada
penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu.
i. Buang daerah
Mengenakan hukuman buang daerah
supaya pesalah rasa tertekan, mengalami kesukaran, kesusahan dan terpisah dari
kaum keluarga
j. Bunuh
Dibenarkan oleh syara' bagi menjaga
kemaslahatan awam jika difikirkan sesuai
Kesimpulan berkaitan hukum HUDUD,
QISAS dan TA'ZIR ialah:
Dengan
ini, jelaslah ketegasan yang tergambar, yang pada hakikatnya merupakan suatu
rahmat kepada masyarakat keseluruhannya sehingga bebas daripada kejahatan kedua
jenayah itu dan bahayanya. Oleh itu pengorbanan tangan dan kaki adalah terlalu
sedikit bilangannya jika dinisbahkan kepada orang yang berdosa dan keluar
daripada hukum Allah S.W.T. yang melakukan jenayah melibatkan ribuan orang yang
tidak berdosa kehilangan nyawa, tubuh dan harta benda mereka. Malah kekerasan
hukuman pada hakikatnya adalah rahmat kepada orang yang ragu-ragu untuk
melakukan jenayah kerana kekerasan hukuman tersebut akan menimbulkan ketakutan
di kalangan mereka yang cuba melakukannya. Maka, keadaan itu juga akan mengubah
pendirian orang yang teragak-agak untuk melakukan jenayah itu.

No comments:
Post a Comment