Monday, 14 March 2016

Refleksi Minggu 1 (9 Mac 2016)

Assalamualaikum. Refleksi untuk minggu lepas, kami akan membincangkan tentang topik yang telah kami pelajari iaitu tentang prejudis, stereotaip, diskriminasi dan perang. Disini kami sertakan maksud yang lebih mendalam dan perjelaskan lagi konsep-konsepnya.

Prejudis
Prejudis bermaksud pandangan negatif seseorang atau sekelompok kumpulan terhadap orang lain yang mungkin berbeza dari segi jantina, kaum atau negeri. prejudis ini tidak disuarakan atau diluahkan. Prejudis ini bermula daripada perasaan tidak puas hati atau pemikiran negatif terhadap seseorang. Jika ketidakpuas hati ini disuarakan melalui perkataan ataupun perbuatan ia akan menjadi stereotaip. 

Stereotaip
Ia adalah suatu tanggapan atau pemikiran yang ditetapkan terhadap sesetengah jenis orang atau benda tetapi seringkali tidak benar di dalam realiti. Kita juga boleh memahami 'stereotaip' sebagai penilaian negatif/atau positif terhadap sesuatu perkara atau sekumpulan orang.

Diskriminasi
Diskriminasi adalah ditunjukkan secara fizikal oleh sesetengah individu. Perbuatan fizikal ini dipengaruhi oleh pemikiran, pandangan, dan kepercayaan yang negatif terhadap individu yang lain. Diskriminasi ini juga boleh dilihat apabila sesetengah individu cuba menjauhkan diri terhadap seseorang apabila mempunyai pemikiran atau pandangan yang negatif. 


Yang terakhir sekali, kalau dah terlalu teruk ia akan menyebabkan perang.


Pengajaran yang dapat kami simpulkan untuk minggu pertama:

Kita sebagai manusia yang berpegang teguh pada agama perlulah menjauhkan diri dari bersangka buruk dan negatif terhadap orang lain. Ia boleh mengakibatkan permasalahan di antara satu individu dengan individu yang lain dan pergaduhan jugak tidak elok dikalangan masyarakat.

No comments:

Post a Comment